Pyqahh.

Intro
Do respect my posts & i'll respect yours, thankyou :-)

InstaTwittah!

Instagram
Walking Talking

letak link anda yang betul.
No Harsh words allowed here.
Click 'Hantar' sekali sahaja.


Credits

Basecode by: Aina Syaza
Editor: Amel Jasmeen
Owner: Me as pyqah.
Others:   
Attitude
Bismillahirahmanirahim,

"Maka disebabkan rahmat Allah kamu berlaku lemah lembut terhadap mereka. Sekiranya kamu bersikap keras lagi berhati kasar, tentulah mereka menjauhkan diri daripada sekelilingmu. Oleh itu, maafkanlah mereka, mohonkanlah keampunan bagi mereka."
(Surah Ali-Imran, Ayat 159)

Bila baca, kena faham, kena muhasabah diri. Bukan setakat baca ((note to self)) Aku tak berani nak sentuh apa-apa pasal ayat kat atas, cuma nak bagi korang muhasabah diri balik, nampak tak dekat dalam Al-Quran lagi banyak quotes yang boleh kita ambik iktibar, daripada quotes dekat luar? #tazkirahcermin.

Sebenarnya nak cerita pasal "maafkan orang". Dalam hidup ni, yeah macam yang semua orang tahu, takde sorang pun dari kita ni yang tak pernah lari dari buat silap kan? Even time kita hidup dari kecik tu, mesti ada je. Tak dengan orang, dengan diri kita sendiri pun kita pernah buat salah. Sebenarnya, semua tu asal dia, akar dia dari attitude kita sendiri. Sounds funny tapi memang itu yang sebenarnya. Bila attiude kita tak elok, sekaligus kita buat salah. Sama ada dengan diri sendiri, takpun dengan orang lain. Ha bila dah buat salah dengan orang lain tu, memang teruklah padahnya.

"Minta maaf dengan Allah tu lagi mudah berbanding nak minta maaf dengan manusia yang ada sifat dengki ni." Nampak tak dia punya susah nak minta maaf dengan manusia ni? Manusia ni, sifat dengki dalam diri setiap orang mesti ada punya, tak banyak pun sikit jadi lah. Sebab tu, bila kita nak buat apa-apa, fikir dulu. Benda tu sakitkan hati sesiapa tak, bawak kesan pada sesiapa tak, kalau yakin benda tu takde kesan negatif, then just go on. Susah bila kita dah buat salah lepastu nak minta maaf.

Kalau kita terbuat salah dengan orang yang jenis "takpe lek, aku tak kesah pun, chill lah weh, be happy, bla bla bla" & dia maksudkan apa yang dia cakap tu, then hidup kau senang. Tapi bila kau dapat orang yang jenis macam "hm okay,lek ah" tapi dalam hati membara tak tentu pasal, then hidup kau tak berapa senang. Okay, aku takdelah cakap tak payah minta maaf dekat orang yang cool tu, kau kena juga minta maaf sebab yeah orang takdelah lembut hati sangat kalau ada sesiapa sakitkan hati lepastu taknak minta maaf,kan? Minta maaf jugak, then selesai. Tapi bila dengan orang yang kurang cool ni, kau kena try hard minta maaf dengan dia. Susah memang susah, tapi kalau kau usaha, mana tahu Allah permudahkan semuanya kan? Andai kata kau memang dah usaha gila minta maaf tapi orang tu tetap dengan hati batu dia, wallahualam. Itu urusan dia dengan Allah :-)

Tapi, bila kita nak orang maafkan kita, kita mestilah maafkan orang jugak kan? So, jadilah orang yang cool. Yang tak banyak simpan dendam. Bila kau tak simpan dendam banyak banyak dalam hati kau, insyAllah, hidup kau tenang. Setiap kali orang buat salah dengan kau, ok aku admit marah tu memang lah marah. Tapi, tak semua benda yang jadi tu, ikut kemahuan kita. benda tu semua dah ditentukan oleh Allah, so kita nak buat apa lagi? Maafkan je lah,kan? Bila kau mudahkan hidup seseorang, insyaAllah hidup kau pun jadi mudah, nanti. So, setiap kali nak tidur, baca doa tidur then niat, "Ya Allah, aku maafkan semua dosa orang yang dah buat salah dengan aku hari ni, dan hari hari yang semalam dan seterusnya. Ya Allah, kau ampunkanlah juga segala dosaku, dan kau permudahkanlah urusanku." Kalau hari hari kau buat macamni sebelum tidur, insyaAllah, Allah dengar semua doa kau tu & tak mustahil kalau Dia makbulkan apa yang kau hajatkan. Ingat, doa tu penting. Doa senjata orang Islam.

p/s: sebelum tu, nak minta maaf kepada sesiapa yang baca ni, kalau kalau aku ada buat salah dengan korang sebab yeah aku tak sebaik mana sampai tak pernah buat salah dengan orang :-)

ikhlas.


Older Post | Newer Post