Pyqahh.

Intro
Do respect my posts & i'll respect yours, thankyou :-)

InstaTwittah!

Instagram
Walking Talking

letak link anda yang betul.
No Harsh words allowed here.
Click 'Hantar' sekali sahaja.


Credits

Basecode by: Aina Syaza
Editor: Amel Jasmeen
Owner: Me as pyqah.
Others:   
Serabut.
Bismillahirahmanirahim.

Assalamualaikum. Aku taktahu nak tulis apa harini. Sekarang ni jari jari menari-nari atas keyboard pun sebab baru lepas tolong editkan sikit blog rakan seperjuangan #ewah hahaha tolong sikit-sikit je siapa yang nak tengok apa yang aku tolong tu rasanya bolehlah kot visit blog ni yelah kan manalah tahu masa korang tengah sibuk godek godek terjumpa jodoh ke aku ni cuma mendoakan je ((gelaklahsikit))

So, harini nak cerita pasal apa? Ha, eh tapi sebelum tu aku nak ucap Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua muslimin & muslimat dekat luar sana yang mungkin terclick aku punya blog ni haha yelah manalah tahu korang tengah google food tapi terclick dekat frvrfood pulak hurhur. Aku nak minta maaf dari atas blog sampailah bawah blog kalau-kalau aku punya posts ada yang menyakitkan hati ke kasar bahasa ke. Manusia tak pernah lari dari buat silap kan jadi apa salahnya kita maafkan orang. Bukan selalu nak dapat peluang tengok orang berkejar-kejar minta maaf walaupun pada hakikat yang sebenar-benarnya, kita sebagai umat Islam ni kena sentiasa minta maaf kan? Orang kata lagi senang minta maaf dengan Allah kalau nak dibandingkan minta maaf dengan makhluk yang digelar manusia ni. Tapi itulah, manusia ni rambut memanglah sama hitam ((walaupun ada je ramai yang acah blonde)) tapi hati lain-lain. Okaylah selamat hari raya again from me. Semoga korang hargai hari-hari raya korang semua untuk tahun ni. Kullu am wa antum bikhair :)

Okay berbalik pada tajuk asal,harini sebenarnya aku taknak cerita pasal apa-apa cuma aku nak tanya. Korang pernah tak tersepit antara dua perkara dalam minda korang sendiri? Dah lama dah aku observe diri aku sendiri. Aku tengok apa yang lebih apa yang kurang. Jadi sekarang ni aku nak cakap pasal apa yang kurang. Aku selalu rasa tersepit antara dua perkara dalam minda aku sendiri. Kalau nak ikut sebelah sini, rasa bersalah. Kalau nak ikut sebelah sana pulak rasa macam tak patut. Okay, aku bagi contohlah senangkan, ada sorang gang ni, aku taktahu nak cakap macam mana. Aku nak cakap, rasa serba salah. Rasa macam busy-body. Rasa macam "apahal lah kau nak sibuk sangat pasal dia kau tahu tak dia annoyed dengan kau?" Tapi bila aku tak cakap, rasa macam serba salah. Rasa macam aku patut sangat sangat cakap dekat dia. Rasa macam kalau aku cakap aku boleh selamatkan dia. Tapi ha tu lah. Aku tersepit. Tersepit anntara dua perkara. Yang orang selalu cakap 'ditelan mati emak,diluah mati bapak' ((ke terbalik peribahasa aku ni? kalau salah aku minta maaf & tolong tegur di chatbox okay?)) Aku nak buat ini macam salah. Tak buat pun rasa macam salah. Entahlah. Apa yang aku boleh buat untuk masa sekarang ni doa yang baik baik untuk diorang. Aku harap siapa-siapa yang terjumpa entri ni, rajin-rajinlah bagi pendapat sikit. Aku ni budak lagi belum cukup dewasa nak buat sesuatu.

Bila kau rasa kepala kau berat.
Kau rasa wayar-wayar dalam minda kau dah berselirat dengan macam-macam fucked-thingy.
Tapi kau taktahu nak luah macam mana.
Kau taktau nak luah kat siapa.
Sebab apa?
Sebab kau sibuk sangat jaga hati orang
depan belakang kiri kanan atas bawah
kau.
Luah sini, rasa bersalah.
Luah sana, rasa bersalah.
Penghujungnya, kau macam orang bodoh
bercakap dengan diri kau sendiri.
Sakit,kan?


Sekian.  



Older Post | Newer Post